Sabtu, 8 September 2012

Koh Lipe, Maldives of Thailand - Part 2

 
Tepat pukul 5.30pagi, jam kat handphone aku ni pun mula lah menyanyi - nyanyi. Aduh.. Malasnya nak bangun. Dah la sejuk dengan angin pantai. Bunyi daun pokok kelapa yang kuat ditiup angin pulak buat aku makin tarik selimut lagi nih. Bestnya dapat tidur cmni. Tapi apakan daya sebab aku punya plan pagi ni nak kena bangun awal. Tujuannya sebab nak pi tengok matahari terbit kat Sunrise Beach. Dah alang - alangkan tengok Sunset smalam, pagi ni apa kata tengok Sunrise pulak. Baru menarik kan.

Pas mandi, makan roti sikit. Buat lapik perut. Aku pun mulalah perjalanan ker Sunrise Beach. Jalan berliku jugak. Mujurlah ada papan tanda. Yang menjadi masalahnya jalan ke sana sepatutnya melalui satu kawasan chalet. Memandangkan terlalu awal, pintu pagar kat situ pun diaorang tak bukak lagi. Jadi terpaksalah aku mencari jalan alternatif lain. Pusing - punya pusing, nampaklah satu jalan. Dah la risau dengan bunyi anjing lagi. Buatnya kena kejar, mau tak cukup tanah lari. Tengok kat langit macam tak lama lagi dah. Kena cepat nih.

Last sekali aku pun ikut lah satu jalan ni. Dan dia akan masuk ke satu kawasan chalet. Di hujungnya, akan nampak pantai. Time tu, dengar anjing bukan main lagi dok menyalak. Bukan main lagi. Walaupun aku jenis tak takut anjing, tapi kalau dah menyalak satu geng, takut gak. Hehehe...

Lepas 15 minit menunggu kat pantai tu, akhirnya.... Sunrise at Sunrise Beach
( walhal dalam hati... yang ni ja ? ) Tapi syukur gak dapat tengok kebesaran Ilahi...

Cahaya merah di kaki langit
Angin memang kuat.. Bestnya..
Kalau mandi syok nih...
Sunrise at Sunrise Beach
Antara puluhan bot - bot kecil
Lega jugak sebab hajat hati nak tengok matahari naik tercapai gak. Walaupun kena tempuhi macam - macam halangan. On the way balik tuh, gate chalet yang aku cakap tutup tu dah buka. Leganya. Tak payah nak pusing jauh - jauh dah. Dan yang paling syoknya, tak payah mengadap hanjeng - hanjeng kat situ dah.
Kalau korang nak tau, ni la chalet di dalam kawasan yang aku cakap tutup tuh..

Ada yang berminat nak stay sini ?
Laju - lajuuuuuu.. Aku nak kawen dengan anak raja... hehe..
Pukul 9 pagi, kami punya agenda yang lebih penting. Nak tau apa ? Snorkeling time ! Hehe..Kat area -area  hotel nih, banyak tempat - tempat yang menawarkan perkhidmatan sewaan bot untuk tujuan aktiviti snorkeling. Harga yang ditawarkan juga biasanya sama ja. Ya la , mungkin ada kesepakatan untuk selaraskan harga kat sini yang bertujuan untuk mengurangkan persaingan. Macam mana nak pilih yang mana best ? Ikut gerak hati korang ja...hehe

Tak dak no contact la pulak...huhu
Macam - macam perkhidmatan yang ditawarkan
Jam kat tangan dah pukul 9 pagi. Syoknya. Excited tu jangan cakap la. Sejuk ja kat Pattaya Beach ni. Matahari pun tak tinggi sangat. Angin pun sepoi - sepoi bahasa ja.

Suasana pagi di Pattaya Beach
Antara peralatan yang korang kena ada untuk snorkeling ni semestinya snorkeling set. Nak sewa kat sini pun boleh jugak. Kaki itik untuk memudahkan korang berenang pun ada jugak disewa. Harga untuk sewa selama sehari adalah 100Baht atau RM10 ja. Kos untuk sewa bot penumpang untuk bawak korang ke pulau - pulau dan snorkeling pulak 1100Baht atau RM110. Naj jimat, korang pergi ramai -ramai dah share ja bot tu. Lagi jimat kan ? Jangan lupa jugak bawak makanan ringan untuk isi perut korang tuh. Ada juga pakej yang menawarkan sekali dengan makanan. Apapun pilihan ditangang korang jugak.

Siap sedia nak gi snorkeling
Kat dalam bot penumpang
Untuk langkah keselamatan, pastikan korang pakai safety jacket ok ! Yakin ke korang pandai berenang ? Hehehe. Pakai tak pa. Ambik langkah berhati - hati masa nak naik bot nih. Duduk dalam posisi yang betul - betul korang selesa. Jangan la sampai nak berkepit punya pasal dengan partner, bot jadi senget lak. Time pemandu bot tengah bawak bot ni, aku tak galakkan la korang jalan sana - sini dan mengubah tempat duduk merata - rata. Bukan apa, keseimbangan bot tu penting. Korang nak ker bot yang korang naik tu terbalik ? Tak nak kan ? Hehehe.. Ni antara gambar yang aku sempat ambik..

Best sangat
Selamat berenang
Haaa.. Ni la gaya orang nak snorkeling. Korang lak ?
Di perairan di Koh Lipe ni, ada check-point yang telah ditetapkan untuk pengunjung - pengunjung buat aktiviti snorkeling nih. Biasanya semua bot - bot akan berkumpul di sini la. Masa yang ditetapkan untuk korang menyelam kat sini adalah sampai korang penat dan tak larat menyelam. Hahaha. Agak - agak la menyelam tuh.. Kat sini, kalau korang bawak roti, time ni la nak bagi ikan makan. Best sangat bila tengok ikan - ikan dok kerumun kat tangan. Time berenang kat sini jugak, bagi yang tak biasa tu, baik hati - hati. Tidak digalakkan korang pergi menyelam di satu - satu tempat tu sorang - sorang. Lebih baik pergi berdua atau berkumpulan. Kang jadi apa - apa sapa susah ? Pengalaman aku, kaki pernah cramp. Seksanya... Mujur ada geng. Kat sini jugak baik korang jaga kaki korang tuh. Kalau terpijak rambutan laut yang banyak - banyak duri tuh, maunya nangis tak berlagu...Heheheh

Lepas berenang, pemandu WAJIB akan tanya korang samada nak pergi ke tak satu pulau ni. Sebab nak pergi pulau ni, diaorang akan mintak bayaran. Harganya adalah 200Baht saja. Tak mahal pun. Memandangkan kepala aku dah pening dek mabuk laut, aku buat keputusan untuk pergi ke satu pulau ni ja. Cantik.. Cuba tengok gambar yang aku ambik ni k..

Lautan biru
Berani ambik pic dari jauh jer...Hehehe
Jangan lupa kutip cengkerang
Pantai - pantai kat sini memang bersih. Sampah pun tak dak tau ! Pasir dia jangan cakap lah. Putih bersih ! Dengan pokok - pokok yang rendang, teduh lagi tuh. Ada pokok kelapa, pokok Rhu, Beringin. Memang mahsyuk kla kalau tidur. Paling best dapat picnic. Kat sini jugak korang leh snorkeling. Sebab air kat pantai dia memang jernih. Cuma yang korang perlu hati - hati adalah jangan sampai terpijak rambutan laut. Yang tu ja ok..

Puas hati aku !
Anggaran masa untuk korang selesaikan semua akativiti tu adalah 8 jam.. Hahaha.. Lama kan. Dah puas snorkeling dan lepak - lepak area pulau tuh, kami pun bertolak lah balik. Almaklumlah badan pun dah mula letih. Dapat tidur memang best nih..

Petang tu pulak, sempat la aku ambik pic area chalet tempat aku tinggal nih. Last ambik pic kot. Esok dah nak balik dah..

Tempat santai paling best di waktu malam
Macam - macam patern antena ada
Macam astro gak... Macam - macam ada....
Jangan tak tau, walaupun kat sini kawasan pulau, harga udang boleh tahan

Antara tempat tumpuan di waktu malam
 Puas melakukan aktiviti pada waktu siang, aku cadangkan korang pergi manjakan diri korang tu. Sebab  pekerja - pekerja rumah urut kat sini memang tersangat - sangat ramah. Bayangkan tangan aku pun dia pi tarik. Hehehe. Siap dia panggil aku hensem lagi tuh.. Saja la kan. Taktik nak tarik pelanggan. Akhirnya buat aku pun terpengaruh..

Terbaekkkk lah tempat ni....
Kat sini walaupun diorang dah tetapkan harga, YANG PENTING mulut korang tuh kena manis sangat - sangat. Kena pandai pujuk rayu. Diaorang yang perempuan kat sini, bila pujuk ja, terus lemah. Bayangkanlah aku buat Thai Oil Massage + Scrub + Facial 7 jenis = RM100.. Masa yang aku habis kat situ dekat 3 jam gak la. Memang puas.. Kulit - kulit mati dan yang sunburn time gi pantai pun tak la nampak sangat. Muka pun nampak cekang ja. Licin ni jangan cakap la...

Laluan pejalan kaki yang penuh dengan pelbagai hiburan dan restauran
 Balik ja dari manja - manjakan badan, terus tidur. Fuh segarnya rasa....

19 March 2012 - Petang ni aku dah nak balik Langkawi. So pagi ni memang agak lewat la aku bangun dek kerana kesedapan manjakan diri semalam kat umah urut. Habis ja pack barang kat chalet, kuar makan dulu isi perut. Pastu shoping barang - barang cenderamata sikit nak wak balik Malaysia nanti. Sementara tu, sempat lagi aku tangkap sekeping - dua gambar...

Bot - bot penumpang
Santai kan kat Koh Lipe nih ?
Pandangan terakhir di Koh Lipe
Tepat pukul 5.30petang waktu Thailand, aku pun bertolak lah balik ke Langkawi dengan penuh seribu kenangan. Yang pasti, lepas ni aku akan datang lagi ke Koh Lipe nih... I Love Koh Lipe.. !



Koh Lipe, Maldives of Thailand ( 17 - 19 March 2012 )- Part 2



Isnin, 3 September 2012

Koh Lipe, Maldives of Thailand - Part 1


Cuti pada pertengahan bulan tiga ini akan aku gunakan dengan sebaik mungkin. Setelah cuti yang dimintak diluluskan, perancangan rapi untuk bercuti pun haruslah di atur. Ye lah, perkara paling utama mestilah dari segi kewangan kan. Kang jadi apa - apa kat tempat orang, tak dak duit ka nak balik, alamat aku jadi tukang basuh pinggan la. Tak pun jadi tukang urut.. Ha...Boleh ka..?

Dalam banyak - banyak tempat, aku disyorkan untuk pergi bercuti di Koh Lipe, Thailand. Mula - mula, terpikir jugak aku, tempat apa tuh ? Dah la tak famous, tak pernah dengar pulak. Nak sebut nama pun macam susah ja. Koh Lipe... Hahaha.. Cuba korang sebut tengok..

Koh Lipe, Thailand
Untuk makluman korang, Koh Lipe atau Pulau Lipe nih adalah salah sebuah pulau yang terletak di wilayah Satun, Thailand. So kalau korang nak pergi sini, mestilah ada passport ok . Koh Lipe nih terletak di lautan Andaman dan sebahagian daripada Taman Negara Marin Tarutao . Di sekitarnya ada pulau - pulau lain lagi. Antaranya Koh Rawi, Koh Adang dan banyak lagi lah. Daripada Pelabuhan Pak Bara, Thailand ke Koh Lipen ni, jaraknya adalah 60km, manakala daripada Pulau Langkawi pula, jaraknya adalah 40km.


Kali ni aku pilih untuk pergi melalui Pulau Langkawi sebab dah alang - alang kan, dapat la jugak pergi Langkawi lagi. Boleh shopping chocolate sama. Hehe.. Terdapat dua tempat yang menyediakan perkhidmatan untuk pergi ke Koh Lipe, iaitu di Jeti Kuah dan jeti Awana Porto Malai. Harga dan masa perjalanan juga turut berbeza. Bagi yang memilih Jeti Kuah, harga satu perjalanan bagi seorang dewasa adalah 1100Baht atau RM110 dan kanak - kanak pula 700Baht atau RM70. Masa yang diambil pula adalah 1jam setengah ke 2jam bergantung kepada keadaaan laut. Manakala perjalanan daripada Jeti Awana Porto Malai pula adalah dengan menaiki Speed Boat dan ia mengambil masa selama satu jam. Harga yang dikenakan adalah RM128 untuk one way. Kalau Speed Boat pilihan korang, pastikan korang beli siap - siap tiket pergi balik, kan senang. Takut time korang nak balik nanti, boat penuh, nasib la..hehe

Untuk percutian kali ni, aku mendapat harga diskaun sebab kawan aku tuh kenal agent Speed Boat nih. Aku dapat harga RM180 untuk pergi balik. Kira ok la kan ? Masa untuk bertolak pula adalah pada jam 9.30pagi waktu Malaysia. Perlu diingatkan korang perlu pergi cop korang punya passport tu dulu kat Pejabat Imegresen Dermaga Tanjung Lembung. Border Pass tak boleh yer..

Tips : Jangan lupa cop passport di Pejabat Imegresen Dermaga Tanjung Lembung

Lepas setlekan semua dokumen, korang kena ada dah kat Awana Porto Malai tu jam 9.30pagi. Jangan lewat. Kang ada yang kena tinggal. Hehe. Bagi aku, pengalaman menaiki speed boat nih, memang best. Laju gila kot. Sesuai la dengan nama dia. Time ni korang dapat tengok pulau - pulau, Gunung Mat Chincang, ikan lumba - lumba kat laut. Perghhh.. Sekali macam kat Australia da... Aspek keselamatan, jangan lupa pakai safety jacket. Dan pastikan korang letak bag korang tu di tempat yang selamat.

Speed Boat tiga enjin dengan 225HP

Jeti speed boat
Feri dari Jeti Kuah
 Lepas satu jam perjalanan, korang akan sampailah di Koh Lipe. Speed boat ni akan berhenti di tengah - tengah pelantar berhampiran pantai di sini. Jangan risau, lepas ni akan ada bot - bot kecik yang ambik korang dan hantar korang ke pantai. Untuk ke sini, aku cadangkan jugak korang tak payah la nak bawak beg roda tuh. Memang mengarut sebab kat sini kawasan berpasir. Lebih mudah korang bawak pack ja.

Tiada caj yang dikenakan untuk menaiki bot penumpang
Naik ja bot penumpang nih, bagi yang ada kamera tu, pastikan korang tak lepaskan peluang untuk ambil gambar - gambar di kawasan pesisir pantai ni. Punya lah jernih, sampai nampak ikan -ikan dengan coral kat dasar laut. Memang tak henti - henti mulut aku ni cakap " cantiknya laut dia ".. Hehe.. Nak bukti ? Cuba tengok..

Betul tak cantik ?
Sampai ja korang kat pantai, tunggu lah bag - bag besar korang tu. Sebab biasanya penumpang yang akan pergi dulu baru bag. Haaa.. bagi yang bawak bag roda tu, siaplah. Mesti korang kena kendong macam budak kecik. Almaklumlah sini kawasan berpasir. Mau terbenam roda korang kat dalam pasir tuh. Bagi yang bawak bag-pack selamat la..

Bot - bot penumpang
Kemudiaan korang akan dimintak berkumpul di suatu tempat. Passport korang akan di ambil oleh petugas boat kat situ. Kejap ja diorang ambil. Untuk rekod. Kemudiaan dia akan bagi balik bersama - sama dengan Departure Card. Haa yang ni korang kena la isi. Habis ja isi, korang kena la pergi untuk cop korang punya passport tuh. Jalan ke pondok imegresen tu punya la jauh. Membahang kot... dah la ujong sekali sebelah kanan. Memang kejam betul la...

Bagi korang 300meter tu jauh tak ?
Selesai ja korang setlekan korang punya passport tuh, maknanya korang dah sah la untuk berada kat pulau ni. Seterusnya tempat untuk korang menginap lak. Untuk makluman korang gak, kat sini pun ada tempat - tempat penginapan yang mahal - mahal dan yang murah - murah. Terpulanglah kepada budget korang. Bagi aku, ni adalah percutian budget. So memadai ja stay kat tempat yang murah. Tempat untuk tidur ja kan. Tak yah nak bazir - bazir. Yang penting korang kena pandai cari.

Tempat menginap yang menjadi pilihan aku
Untuk percutian kali ini, aku memilih Thai Hut. Jarak chalet ini dari Pantai Pattaya iaitu pantai utama di Koh Lipe ini adalah 100 meter. Tak jauh kan ? Lokasi dia memang strategik. Sebab di depannya ada macam - macam kedai . Senang korang nak membeli nanti. Kedai makan pun banyak. Sebab Thai Hut ni jugak mempunyai restaurant sendiri. So tak yah bimbang k. Harga yang ditawarkan untuk satu malam hanyalah 700Baht atau RM70. Boleh pilih bilik yang ada air cond ataupun kipas. Air dia memang sejuk. Sebab air yang digali dari bawah tanah. Aku memilih bilik standard yang ada kipas ja. Sebab suasana yang semestinya sejuk disini pada waktu malam. TV ada ke tak ? Jawapannya adaaaaaa.... Walaupun ia sebuah pulau, korang leh tengok macam - macam siaran kat sini. Hehehe

Restaurant yang menawarkan pelbagai pilihan makanan
Siap letak barang dan rehat-rehat, aku pun mula lah kuar tinjau - tinjau di sekitar kawasan tempat aku menginap ni. Memang menarik. Ada banyak sangat restaurant. Tak kurang jugak kedai -kedai yang jual barangan cenderamata. Bagi kebanyakan pengunjung yang suka santai sambil minum-minum, aku cadangkan korang lepak kat Pantai Pattaya. Memang terbaekkkk !!!

Korang nak gi mana ?
Macam - macam ada ...
Agak - agak apa yang OMG tu yer ?
 Dah puas merayau - rayau kat sini perut pun mintaklah diisi. Kat sini ada banyak restaurant. Yang masalah satu ja, sedap atau tak sedap. Cadangan aku, korang cari ja restaurant ni. Aku tak ingat la nama restaurant ni. Tapi dia dok hujung sekali sebelah kiri.

Jangan lupa cari restaurant ni ok..!
Kalau korang datang ja kat resraurant ni, aku cadangkan korang cuba Tom Yam campur dia. Memang best. Nak rasa kelainan lagi, cuba Thai Green Curry, memang terbaikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk lah. Serius sedap. Nak bagi segar badan, cubalah Coconut Shake dia. Memang terangkat lah..

Thai Green Curry
Alhamdulillah.. Kenyang perut. Maknanya kena jalan lagi nih. Bagi turun makanan. Ada banyak lagi bahagian kat Pulau ni yang aku tak tengok. Macam kedai - kedai ada lagi nih. Korang boleh cakap English. Tapi diorang faham la sikit - sikit bahasa Melayu tuh. So kalau nak membeli tuh, tak yah la risau k.

Laluan pejalan kaki
Anda berminat ?
Puas jalan dan kami pun tak tau nak gi mana dah, aku pun decide la nak pi tengok matahari terbenam. Gigih kan ? Heheh.. Jalan nak gi ke sana kitaorang tak tau. Yang tau nama tempat tu Sunset Beach. Dahla sign board kurang, main tawakkal ja jalan. Harap - harap tak sesat la jalan. Ada teksi yang offer kitaorang naik.. Tapi jual mahal kan.. Hehehe

Teksi.. teksi..
Tengok jam dah dekat pukul 7.15pm dah ni. Nampak gaya kena jalan cepat nih, Sebab matahari dah nak terbenam. Kang tak guna lak jalan penat - penat tapi terlepas nak tengok Sunset. Aku ingat aku ja, tapi ramai la jugak pasangan mat salleh yang nak pi tengok Sunset nih. Kang dah sampai pantai, tapi matahari dah terbenam confirm rasa tak berbaloi kan. Tapi lepas hampir 45minit jalan akhirnya....

Sempat gak...
Berbaloi jalan jauh - jauh
Panorama matahari terbenam di Sunset Beach
Pas habis ja tengok matahari terbenam kat Sunset Beach ni, maka berakhirlah aktiviti aku untuk harini. Pasni balik bilik , rehat dan tidur dengan hati yang puas... !


Koh Lipe, Maldives of Thailand ( 17-19 March 2012 ) - Part 1